Home Dunia 17 maut akibat berasak masuk ke stadium

17 maut akibat berasak masuk ke stadium

JOHANNESBURG – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam rempuhan di sebuah stadium bola sepak di bandar Angola utara Uige.

Lima lagi mangsa dilaporkan dalam keadaan serius manakala beratus-ratus lagi dilaporkan cedera apabila penyokong menyerbu pintu selepas gagal untuk masuk.

Sebahagian daripada mereka termasuk kanak-kanak maut akibat jatuh, terperangkap dan lemas di tempat kejadian.

Saksi berkata, orang ramai yang cuba untuk mendapatkan akses masuk stadium yang hanya mampu memuatkan 8,000 orang.

Insiden itu berlaku ketika penonton berpusu-pusu masuk ke stadium untuk menonton perlawanan pertama membabitkan pasukan tuan rumah Santa Rita de Cassia yang menentang Recreativo de Libolo dalam pertandingan Girabola kebangsaan.

Seorang penyokong, Domingos Vika berkata, pintu masuk sudah terlalu penuh apabila orang ramai mula berasak.

“Apabila mereka memberi peluang semua orang masuk, kami terperangkap di pintu,” kata Vika yang patah tangan.

Presiden Angola, Jose Eduardo dos Santos mengarahkan siasatan lanjut dibuat. – MalaysiaGazette