Kerosakan yang berlaku akibat gempa bumi malam tadi. Insiden terburuk yang melanda Filipina sejak 1879

MANILA- Empat maut manakala lebih 100 orang lagi cedera selepas satu gempa bumi kuat melanda pulau Mindanao di selatan Filipina lewat semalam.

Reuters melaporkan gempa bumi berskala 6.7 skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer itu telah mengakibatkan kerosakan struktur yang teruk serta bekalan elektrik terputus di kebanyakan kawasan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Pentadbiran Laut dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Ketua agensi seismik Filipina, Renato Solidum hari ini berkata, terdapat 89 gegaran susulan telah direkodkan dan lebih banyak lagi dijangka akan berlaku.

Namun beliau meramalkan tiada kerosakan teruk akan terjadi.

Gempa bumi yang berlaku malam tadi merupakan yang terburuk sejak 1879, kata Solidum.-MalaysiaGazette