Home Dunia Lebih baik Rouhani berhati-hati – Trump

Lebih baik Rouhani berhati-hati – Trump

Hassan Rouhani

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengingatkan supaya Hassan Rouhani “lebih baik berhati-hati”.

Presiden Iran itu dipetik dalam laporan media sebagai berkata, Iran telah membuktikan dalam 38 tahun sejak revolusi bahawa “ia akan membuat sesiapa sahaja yang bercakap kepada rakyat Iran dengan bahasa ancaman akan menyesal.”

“Dia lebih baik berhati-hati,” kata Trump.

Pada 2 Februari lalu, Trump telah membuat ancaman sekatan ke atas Iran selepas Tehran melanggar perjanjian nuklear apabila melakukan ujian peluru berpandu balistik.

Ancaman Trump itu telah menimbulkan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran. – MalaysiaGazette