KATHMANDU – Polis Nepal menahan seorang warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) kerana disyaki cuba menyeludup mata wang asing ke negara itu selepas pihak berkuasa menemui pelbagai mata wang asing dalam jumlah yang besar daripadanya.

Suspek yang dikenali Kesheminder Hingh Milkit Singh, 51, didapati membawa AS$6,700; £1,900; S$2,800; A$500, UAE Dirham 9,755; India rupee 73,500; RM30,400 dan Nepal Rs 47,000.

Polis menahan Kesheminder ketika beliau sedang menuju ke pesawat Malaysia Airlines untuk penerbangan dari Kathmandu ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, lapor The Himalayan.

Polis menyerahkan suspek kepada pegawai kastam TIA untuk siasatan lanjut.