LOS ANGELES – Penyanyi Adele mengungguli diangkat Anugerah Grammy 2017 termasuk lagu popularnya, Hello diangkat sebagai lagu terbaik.
Kemenangan tersebut sekaligus mengenepi dengan empat penyanyi lain yang menjadi pesaing hebat seperti Beyonce, Mike Posner, Justin Bieber dan Lukas Graham.
Kejayaan berganda buat penyanyi berusia 28 tahun ini apabila dia turut meraih anugerah Album Terbaik.
“Terima kasih untuk (penghargaan) ini,” ucap Adele.
“Saya sangat gugup, saya tidak sangka akan mendapatkan penghargaan ini,” ucapnya lagi.
Anugerah Grammy ke-59 yang berlangsung di sini sebentar tadi menyaksikan Adele turut meraih dua trofi lagi menerusi kategori Persembahan Solo (Pop) Terbaik dan Vokal terbaik dalam album (Pop).-MalaysiaGazette