MANCHESTER – Hanya satu gol lagi akan menjadikan Anthony Martial berjaya mengumpul 25 gol bersama Manchester United.

Ini bermakna United perlu membayar €10 juta (£8.4 juta) kepada Kelab AS Monaco itu kerana syarat perpindahan menetapkan United perlu membayar Monaco jumlah berkenaan sekiranya Martial meledak 25 gol dalam empat tempoh empat tahun.

Martial hanya memerlukan setahun setengah untuk menjaringkan 24 gol setakat ini.

Sabtu lagu, penyerang antarabangsa Perancis itu menjaringkan satu gol ketika United menang 2-0 ke atas Watford di gelanggang sendiri. – MalaysiaGazette