Kim Jong Nam

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan seorang lelaki warga Korea Utara meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Beliau berkata, polis bagaimanapun masih menyiasat identiti serta punca kematian lelaki tersebut.

Mohmad yang bercakap kepada Bernama untuk mengesahkan laporan berita asing hari ini yang menyebut Kim Jong Nam, adik tiri lelaki pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, dibunuh di Malaysia.

Laporan agensi berita Reuters yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan dan Polis Malaysia berkata, lelaki itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dari KLIA.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika dihubungai Bernama malam ini berkata, polis Malaysia masih menyiasat kes itu. – MalaysiaGazette