Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 akan diumumkan pada 16 Mac ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof mengesahkan tarikh itu yang telah tular dalam media sosial baru-baru ini.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan semua proses penyediaan data keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada semua peringkat adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“KPM melaksanakan penjaminan kualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih demi keadilan kepada calon.

“Oleh itu adalah disahkan bahawa tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2016 adalah pada 16 Mac 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette