Diego Costa menandatangani kontrak lima tahun untuk kekal di Stamford Bridge.Foto The Sun

STAMFORD BRIDGE – Penyerang berbisa Chelsea, Diego Costa telah memperbaharui kontraknya bersama kelab untuk terus kekal di Stamford Bridge.

Penyerang antarabangsa Sepanyol kelahiran Brazil berusia 28 tahun itu telah menandatangani kontrak baharu bernilai £57 juta dengan pendapatan £220,000 seminggu.

Ia akan memastikan Costa kekal di Stamford Bridge sehingga tahun 2022.

Dengan kontrak baharu itu, Costa menolak penghijrahan ke Liga Super China yang menawarkan gaji lebih lumayan.

Chelsea menolak tawaran Kelab Tianjin Quanjin bernilai £30m setahun kepada Costa dengan alasan Costa komited bersama the Blues.

Tindakan Conte tidak menurunkan Costa dalam aksi menentang Leicester sebelum ini mencetuskan persoalan tentang masa depannya di Stamford Bridge.

Pengurus Chelsea Antonio Conte berkata Diago merupakan pemain penting untuk pasukannya musim ini.

“Dia sangat gembira untuk kekal bersama pasukan dan bersaing untuk kejuaraan EPL.

“Jika ditanya sama ada dia akan kekal lebih lama di sini, saya rasa ya kerana dia sayang the Blues,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette