Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khiarul Azwan Harun bercakap pada sidang media ringkas selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra. foto SAFWAN MANSOR, 15 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – ┬áPergerakan Pemuda UMNO tidak akan menghalang mana-mana ahlinya daripada menyertai Himpunan RUU 355 yang dianjurkan Pas Sabtu ini dan menyifatkan penyertaan mereka atas kapasiti peribadi.

Pendirian tersebut dinyatakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun yang menegaskan tidak ada bantahan atau sekatan untuk mana-mana ahli menyatakan sokongan mereka dengan turut serta dalam himpunan nanti.

“Berhubung Himpunan RUU 355 kita tiada halangan kiranya ahli pemuda nak bersama dalam himpunan itu.

“Kita tiada halangan terserah kehendak masing-masing,┬átiada halangan. Tidak ada bantahan dan halangan untuk sesiapa pergi nanti,” kata Khairul Azwan semasa ditemui selepas Mesyuarat Exco Pemuda di bangunan PWTC malam ini.

Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra. foto SAFWAN MANSOR, 15 FEBRUARI 2017
Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra. foto SAFWAN MANSOR, 15 FEBRUARI 2017

Pas akan mengadakan satu himpunan hujung minggu ini bagi mendapatkan sokongan ke atas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 24 November tahun lepas di Dewan Rakyat.

Terdahulu awal hari ini, pihak polis sudah memberi kelulusan kepada pihak penganjur Himounan RUU355 untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok bermula 3 petang hingga 12 tengah malam.

Pas menjangka seramai 200,000 orang hadir ke himpunan tersebut yang dijadual bermula pukul 2 petang dan berakhir jam 11 malam.

Sepanjang tempoh itu pelbagai program telah diatur termasuk, menjemput seramai 21 pemidato daripada NGO dan tokoh-tokoh terkemuka tanah air.

Antara penceramah yang disebut Abdul Hadi sendir Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau juga menasihatkan peserta yang hadir supaya berhimpun dengan aman dan membuat beberapa persediaan seperti membawa sejadah dan air untuk berwuduk. – MalaysiaGazette