Home Dunia 5 penumpang pesawat turboprop maut

5 penumpang pesawat turboprop maut

Keadaan lokasi rempuhan pesawat ringan di bumbung sebuah bangunan beli-belah di Melbourne. Foto AGensi

MELBOURNE – Lima orang terbunuh dalam nahas pesawat yang merempuh bumbung sebuah pusat beli-belah selepas berlepas dari Lapangan Terbang Essendon.

Pesawat turboprop Beechcraft King Air dipercayai mengalami kerosakan engin merempuh bangunan itu yang terletak di penghujung landasan lapangan terbang tersebut.

Saksi-saksi memberitahu, pesawat itu meletup sebaik sahaja merempuh bangunan berkenaan.

“Tidak ada mangsa yang selamat,” kata Penolong Komisioner Polis Victoria, Stephen Leane.

Nahas berlaku kira-kira pukul 9 pagi, sejam sebelum pusat beli-belah itu dibuka.

Kemalangan itu sedang disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. – MalaysiaGazette