Home Dunia Pesawat rempuh pusat beli-belah

Pesawat rempuh pusat beli-belah

Asap hitam berkepul-kepul dari atas bangunan pusat beli-belah DFA dekat Melbourne. Foto Agensi

MELBOURNE – Sebuah pesawat ringan yang membawa lima orang penumpang merempuh pusat beli-belah DFA di Essendon Fields, dekat ini.

Setakat ini, pihak polis tidak tahu tentang kemalangan jiwa yang melibatkan penumpang.

Nahas itu berlaku berhampiran Lapangan Terbang Essendon.

Menteri Keselamatan Victoria, Lisa Neville berkata, kejadian itu sungguh tragis.

Polis berkata, mereka telah menutup kawasan dan lebuh raya berhampiran bagi kedua-dua arah.

Essendon Airport adalah lapangan terbang kecil banyak digunakan oleh pesawat ringan. – MalaysiaGazette