LONDON – Tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Manchester United dan Southampton untuk perlawanan akhir Piala Liga awal pagi Isnin ini telah dihabis dijual.

Manchester United dan Southampton telah diperuntukkan masing-masing sebanyak 31,500 tiket kepada penyokong mereka pada perlawanan di Stadium Wembley itu.

Menurun laman web rasmi Southampton, jumlah tiket sebenar yang diperuntukkan kepada mereka adalah 31,461 keping tiket manakala United melaporkan mereka menerima 31,000 tiket termasuk 115 untuk orang kurang upaya.

Harga tiket dijual pada harga yang sama seperti empat musim sebelum ini pada harga £40, £56, £72, £90 dan £100. – MalaysiaGazette