Pemecatan Claudio Ranieri oleh Leicester City khamis lalu menerima kecaman dunia bola sepak di Eropah.Foto:the Sun

ITALI – Pasukan Leicester City perlu dibiarkan beraksi tanpa pengurus sekiranya mereka terlibat dalam dalam usaha menjatuhkan bekas pengurusnya Claudio Ranieri.

Pengurus kelab Serie A Itali Torino, Sinisa Mihajlovic melontarkan pendapat itu selepas khabar angin kuat mendakwa terdapat konspirasi disebalik pemecatan Ranieri dari Stadium King Power.

Dunia bola sepak khususnya Eropah terkejut dengan pemecatan Ranieri pada Khamis lepas setelah sembilan bulan berjaya  menjulang piala Liga Perdana Inggeris bersama Foxes.

Bagaimanapun, prestasi pasukan itu dan kini menduduki zon penyingkiran dikatakan punca pemecatan Ranieri.

Sinisa juga mahu para pemain skuad itu diberi pengajaran yang secukupnya terhadap layanan tidak adil mereka ke atas Ranieri.

Pengurus Torino, Sinisa Sinisa mahu para pemain skuad the Foxes perlu diberi pengajaran yang secukupnya terhadap layanan tidak adil mereka ke atas Ranieri.Foto: the Sun
Pengurus Torino, Sinisa Sinisa mahu para pemain skuad Foxes perlu diberi pengajaran yang secukupnya terhadap layanan tidak adil mereka ke atas Ranieri.Foto: the Sun

“Akhbar Inggeris mendakwa para pemain Leicester membantu menekan Ranieri kepada pemecatan oleh pemilik kelab itu. Kini mereka terpaksa beraksi tanpa pengurus,” katanya.

Hubungan Ranieri dengan penyerang England, Jamie Vardy dan penjaga Gol Denmark Kasper Schmeichel dikatakan retak.

Bekas Pengurus Chelsea dan Inter Milan itu marah dengan pemecatan Ranieri selepas pemilik kelab dari Thailand menjanjikan Ranieri tugasnya akan dikekalkan dengan sokongan penuh sebelum memecat.

Terdahulu, Jamie Vardy, Kasper Schmeichel, Wes Morgan and Marc Albrighton dilaporkan telah bertemu dengan Pengerusi kelab, di Seville sehari sebelum Ranieri dipecat.

Menurut The Times, keempat-empat pemain utama itu antara pemain yang bercakap dengan Vichai Srivaddhanaprabha minggu lepas.- MalaysiaGazette