Manchester United menjulang piala EFL selepas menundukkan Southampton 3-2 dalam aksi final di Wembly pagi tadi. Foto: Reuters.

WEMBLEY –¬†Gol hasil tandukan kencang Zlatan Ibrahimovic membantu Manchester United (MU) merangkul kejuaraan pertama, Piala EFL bersama the Red Devils musim ini.

Jose memulakan legasinya di Old Trafford dengan muncul sebagai pengurus pertama Red Devils menjulang piala pada musim pertama bersama kelab itu.

Dalam aksi final di Stadium Wembley pagi tadi, MU menumpaskan Southampton 3-2 dengan penuh dramatik.

Kemenangan itu disifatkan para pemerhati sukan sebagai satu permulaan baik untuk Mourinho atau Special One untuk membentuk legasinya.

Penyerang kelahiran Sweden membuka jaringan Red Devils menerusi sepakan percuma yang kencang pada minit ke-19 sebelum kembali menyumbat gol ketiga dan terpenting untuk menjamin kejuaraan dan menangkis Saints.

Zlatan Ibrahimovic bersama piala EFL yang dimenangi bersaama the Red Devils di Stadium Wemby pagi tadi.Foto: Reuters
Zlatan Ibrahimovic bersama piala EFL yang dimenangi bersaama the Red Devils di Stadium Wemby pagi tadi.Foto: Reuters

Pemain sayap Jesse Lingard menceriakan kem Mourinho dengan menggandakan jaringan pada minit ke-38 dengan menyempurnakan hantaran Marcos Rojo.

Saints bagaimanapun bangkit segera daripada ketinggalan 2-0 dengan membuka gol pertama pasukannya menerusi Manolo Gabbiadini pada minit ke-45 sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup.

Sejurus selepas bermulanya separuh masa kedua, Southampton
mula menguasai bola atas padang dengan serangan balas menyebabkan skuad Special One bercelaru di bahagian tengah padang.

Saints sekali lagi bangkit menghukum pertahanan MU dengan menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Gabbiadini yang menjadi pemusnah kubu pertahanan the Red Devils yang dikemudi Christ Smalling.

Selepas itu perlawanan terus berkedudukan seri dengan kedua-dua pasukan membalas serangan tetapi dengan perlawanan berbaki tiga minit lagi, bekas bintang PSG, Ibrahimovic muncul wira dengan membuka gol ketiga pasukan menerusi tandukan kencang.

Tandukan kencang Zlatan Ibrahimovic memastikan man United menang 3-2 menentang Southampton dan menjulang piala EFL dalam aksi di final di Wembly pagi tadi.Foto: Reuters
Tandukan kencang Zlatan Ibrahimovic memastikan man United menang 3-2 menentang Southampton dan menjulang piala EFL dalam aksi di final di Wembly pagi tadi.Foto: Reuters

Ia sekali gus mengesahkan MU memenangi piala kedua selepas Perisai Komuniti musim ini dibawah bimbingan Mourinho.

“Saya agak beremosi sedikit ketika ini. Bukan mudah untuk menang piala banyak kali dan bukannya mudah untuk hadapi tekanan dan cabaran.

“Ia adalah permainan yang sangat sukar, menang perlawanan adalah sentiasa istimewa, secara ikhlas Ibrahimovic memberikan piala untuk kita hari ini kerana dia sangat luar biasa begitu juga dengan Paul Pogba.

“Southampton beraksi lebih baik daripada kami sehingga mereka layak ke masa tambahan untuk menentukan kejuaraan, tetapi Zlatan membawa perubahan besar,” katanya kepada SkySports selepas majlis penyampaian piala. – MalaysiaGazette