MANCHESTER – Skuad pemantau Manchester United dijangka mengikuti perkembangan pemain pertahanan St Etienne, Kevin Malcuit selepas dia dilaporkan menarik minat pengurus Jose Mourinho.

Malcuit, 25, bermula dalam kesebelasan utama pada kedua-dua perlawanan Liga Europa menentang United awal bulan ini.

Manchester Evening News difahamkan Mourinho kagum dengan aksi pemain serba boleh Perancis itu.

Mourinho dipercayai telah ‘mengherdik’ para pemainnya tentang kelajuan Malcuit dan mengagumi tahap permainan pemain pertahanan enam kaki itu.

Malcuit dikatakan berjaya mengawal kelajuan Henrikh Mkhitaryan dan Marcus Rashford pada kedua perlawanan tersebut. – MalaysiaGazette