Marcus Rashford. Foto IG Manchester United.

LONDON – Pasukan baru dinaikkan pangkat, Hull City memalukan Manchester United aksi sulung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan pelawat 2-0 di Stadium MKM, sebentar tadi.

Kekalahan itu menjadi permulaan buruk buat United selepas dijangka mencabar kejuaraan apabila menamatkan saingan di tempat ketiga musim lalu.

Sebaliknya, tuan rumah menang bergaya hasil jaringan Semi Ajayi dan Nobel Mendy apabila menghukum skuad kendalian Michael Carrick itu menerusi dua gol separuh masa pertama

Hull yang kembali beraksi dalam EPL buat kali pertama sejak 2017 tetap mampu menundukkan United walaupun berdepan masalah kecederaan membabitkan 10 pemain.

United sebenarnya bermula baik apabila Bryan Mbeumo hampir membuka jaringan menerusi rembatan kencang hasil hantaran Luke Shaw, namun penjaga gol debutan Hull, Konstantinos Tzolakis berjaya menafikannya.

Bagaimanapun, Hull membuka jaringan pada minit ke-17 apabila Ajayi menyambar bola muntah hasil rembatan Oli McBurnie selepas pertahanan United gagal mengawal situasi sepakan penjuru.

Gol pertama Hull dalam EPL selepas sembilan tahun itu mencetuskan sambutan meriah penyokong tuan rumah di Stadium MKM.

United terus bergelut dan ketinggalan 0-2 pada minit ke-38 selepas Mendy menanduk masuk sepakan percuma tepat Regan Slater yang gagal dikawal pertahanan lawan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here