Tan Sri Ong Tee Keat.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ong Tee Kiat mengaku sudah keluar daripada parti MCA dan mahu menumpukan kepada perniagaan dan menulis buku.

Ia berkuatkuasa sejak 2 Januari lalu.

Bekas Presiden MCA dan menteri itu berkata, tindakannya itu kerana menganggap beliau tidak lagi sesuai dengan politik semasa.

Bagaimanapun, beliau berhasrat menjadi ‘orang biasa’ dan tidak akan menyertai mana-mana parti lain, katanya kepada sebuah portal hari ini.

Beliau yang sudah berkecimpung dalam politik sejak tahun 1981 itu pernah menjadi Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Pandan.-MalaysiaGazette