Gambar yang meragamkan badak air, Gustavito ketika berkelakuan pelik tidak mahu makan dan keluar dari kolamnya pada Ahad lalu. foto Agensi

EL SALVADOR – Badak air, Gustavito yang mati pada minggu lalu di National Zoo, dekat sini bukan mati akibat tusukan pisau.

Sebaliknya, haiwan kesayangan itu mati kerana tidak dijaga dengan baik.

Sebelum ini, zoo berkenaan mendakwa haiwan itu mati kerana diserang oleh penyerang yang tidak dikenali.

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati tidak ada kesan atau tanda-tanda luka,” kata seorang pegawai zoo tersebut.

Gustavito yang berusia 15 tahun mati pada Ahad lalu.

Pemeriksaan terperinci menunjukkan haiwan itu meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru atau pendarahan dari paru-paru, kata pendakwa negeri Mario Salazar.

Laporan awal yang menyebut Gustavito telah diserang dengan kejam menyebabkan kemarahan antarabangsa.

Polis kemudian menjalankan soal siasat terhadap kakitangan zoo yang memasuki premis badak itu untuk menyerang haiwan berkenaan.

Namun tidak ada satu pun kamera litar tertutup yang menghala ke kandang Gustavito.

Menteri Kebudayaan, Silvia Elena Regalado berkata, hasil pemeriksaan bedah siasat tidak menolak serangan Gustavito mati akibat tekanan.

Pengarah zoo, Vladen Hernandez juga tidak percaya ada pekerja yang terlibat untuk membunuh haiwan tersebut.

Gustavito ditanam sejurus selepas kematiannya.

Ahad lalu, pekerja zoo tersebut mendapati Gustavito berperangai pelik selepas enggan makan dan tidak mahu keluar daripada kolam.

Doktor haiwan yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada luka di leher dan mukanya dan jelas ia dalam keadaan tertekan.

Gustavito mati pada lewat malam Ahad walaupun usaha-usaha menyelamatnya dilakukan. – MalaysiaGazette