Korea Utara telah menghentikan semua ujian senjata nuklear sejak akhir tahun 2017. foto Agensi

SEOUL – Peluru berpandu yang dilancarkan oleh Korea Utara awal pagi tadi jatuh di Laut Jepun.

Peluru berpandu yang dilepaskan dari Wilayah Tongchan-ri, dekat sempadan China, menurut tentera Korea Selatan.

Pelancaran itu dilakukan pada pukul 7.36 pagi (22:36 GMT), sedang disiasat untuk mengenal pasti jenis peluru yang digunakan.

Korea Utara telah berulang kali memaklumkan, program angkasa lepas adalah aman tetapi ia dipercayai dapat membangunkan peluru berpandu balistik antara benua yang boleh menyerang Amerika Syarikat.

Ia juga dipercayai bekerja untuk memastikan kepala peledak nuklear cukup kecil untuk dimuatkan pada peluru berpandu.

Bulan lepas, Korea Utara berkata, ia berjaya melepaskan ujian peluru berpandu balistik pada pelancaran yang dipantau oleh Kim Jong-un.

Ujian itu dikutuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Korea Selatan dan Jepun. – MalaysiaGazette