Recall Bill Azalina Othman Said anti-party hopping recall election
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Jumlah kes penjawat awam yang diisytihar bankrap meningkat 13.9% pada 2016 sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Datuk Seri Azalina Othman Aziz sehingga menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk membantu mereka yang terjejas.

Kes kebankrapan penjawat awam yang direkodkan pada 2013 adalah sebanyak 617, 2014 sebanyak 606 kes, 2015 sebanyak 960 kes dan meningkat 1,093 kes pada 2016, menjadikan keseluruhan kes direkodkan sejak 2013 adalah sebanyak 3,276 kes.

Menurut data statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 82,383 individu telah dijatuhkan bankrap oleh mahkamah dari tahun 2013 hingga 2016.

Daripada jumlah tersebut, negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 22,593 manakala Perlis mencatatkan kes terendah sebanyak 354 kes.

Mengikut pecahan gender, golongan lelaki paling ramai yang diisytihar bankrap iaitu sebanyak 57,082 kes sementara golongan perempuan pula 25,301 kes.

Memandangkan kes bankrap ini dilihat semakin serius, Azalina berkata, kerajaan sudah mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kebankrapan (2016) yang akan dibentangkan pada bacaan kedua.

Beliau berkata, usaha juga dibuat bagi mewujudkan jaringan hubungan kerjasama antara Jabatan Insolvensi dengan badan berkanun dan bukan kerajaan untuk memberi kesedaran mengenai masalah keberhutangan yang serius. – MalaysiaGazette