KUALA LUMPUR – Polis menemui mayat seorang lelaki Korea Selatan yang dipercayai mati kurang empat hari lalu di sebuah kondominium di Batu 3, Jalan Sultan Azlan Shah, lewat malam semalam.

Ketua Polis Daearah Sentul, Asisten Komisioner Munusamy berkata, polis ke kediaman itu selepas menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan yang mendakwa ada bau busuk di sebuah rumah di kondominium tersebut.

Polis terpaksa membuka pintu secara paksa dan menemui seorang lelaki dalam kedudukan meniarap di atas katil dan berdarah.

Siasatan polis mendapati tiada kesan pecah masuk dan barangan peribadi simati masih ada.

Juga tidak ada kecederaan pada tubuh lelaki Korea Selatan itu.

Munusamy berkata, tiada kecederaan pada tubuh simati.

. Mayat simati dihantar ke Hospitak Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut akibat sakit jantung. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast