ROSTOV – Manchester Unitedyang bertandang ke Stadium Olimp 2 di sini menentang FC Rostov terpaksa berpuashati dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan pagi tadi.

Disebabkan bermain di atas ‘padang ragut’, Manchester United buat kali pertama musim ini telah merekodkan ketepatan hantaran paling rendah dalam semua perlawanan.

Pengurus, Jose Mourinho tidak menyalahkan mana-mana pemainnya dalam perlawanan awal pagi tadi walaupun mereka melepaskan satu gol buat tuan rumah .

“Ia satu persembahan yang sangat baik dengan keadaan padang seperti ini,” katanya kepada media.

Henrikh Mkhitaryan meledak gol berharga di tempat lawan 10 minit sebelum tamat babak pertama dan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Aleksandr Bukharov pada minit ke-53.

Kedua pasukan akan bertemu dalamĀ aksi timbal balik di Old Trafford minggu depan.

Sebelum perlawanan, United merungut berkenaan permukaan padang serta menyatakan kerisauan tentang keselamatan penyokong mereka yang mungkin akan menjadi sasaran samseng bola sepak Russia.

Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila lebih 200 penyokong United disambut baik penyokong tempatan dan tiada insiden buruk terjadi dan yang diberikan selimut gara-gara cuaca sejuk. – MalaysiaGazette