Gianluigi Buffon. Foto: Reuters.

ROME – Laluan Leicester City dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini dipengaruhi keajaiban sarung tangan penjaga gol kelab bola sepak itu.

Ikon Juventus, Gianluigi Buffon berkata The Foxes merupakan satu-satunya pasukan dalam saingan Liga Juara-juara yang mahu dielak pasukannya.

Leicester membuat kejutan apabila menumpaskan Sevilla di gelanggang sendiri untuk melangkah ke suku akhir dengan agregat 3-2.

Progres cemerlang Leicester City dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah sehingga layak ke suku akhir musim ini mula membimbangkan pasukan elit seperti Juventus.Foto: Reuters
Aksi cemerlang Leicester City dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah sehingga layak ke suku akhir musim ini mula mendapat perhatian pasukan elit Eropah seperti Juventus. Foto: Reuters

Pemenang Piala Dunia 2006 dan juara Serie A sebanyak sembilan kali itu tidak gentar dengan Barcelona, Bayern Munich, Real Madrid atau Manchester City yang turut layak ke suku akhir.

Sebaliknya penjaga gol nombor 1 dunia itu lebih risau ancaman juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu yang berjaya menyingkirkan Sevilla pada awal pagi ini menerusi jaringan Wes Morgan dan Marc Albrighton.

“Satu-satunya pasukan yang mahu Juventus elak dalam perhitungan suku akhir ialah Leicester.

“Mereka mempunyai semangat juang tinggi, mereka tahu cara untuk mengecewakan pasukan terkuat,” katanya. – MalaysiaGazette