Mesut Ozil

LONDon – Selepas Alexis Sanchez, kini seorang lagi bintang Arsenal dikaitkan kuat mungkin akan berhijrah ke Old Trafford menjelang akhir musim ini.

Gosip melibatkan pemain The Gunners dengan kelab jiran di Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin hangat diperkatakan menjelang akhir musim ini.

Terbaharu, pemain tengah Mesut Ozil dikatakan berada dalam radar Pengurus The Red Devils, Jose Mourinho.

Ozil yang merupakan pemain antarabangsa Jerman terkenal sebagai penyerang terbaik ketika bersama the Special One di Real Madrid sebelum dijual kepada Arsenal dengan nilai £42.5 juta pada tahun 2013.

Bagaimanapun, musim ini Ozil kontrak baharu masih belum dibincangkan sehingga mencetus spekulasi pemain berusia 28 tahun itu akan kembali kepada Mourinho.

Prestasi Ozil dipertikaikan ketika bertemu Chelsea dan Manchester City.

Manchester United menunggu masa untuk merobek skuad Arsene Wenger yang bersikap lewa untuk melanjutkan kontrak pemainnya itu.

Pemain terakhir yang meninggalkan Emirates dan menyertai Theatre of Dreams ialah Robin van Persie pada tahun 2013.

Hasrat Mourinho itu dijangka dicabar Bayern Munich.

“Ozil pemain unik yang tiada saingan. Dia penyerang terbaik dunia ketika ini,” dakwa Mourinho.

Skuad Wenger dibelasah 10-2 oleh Bayern Munich dalam pusingan ke-16 Liga Juara-Juara Eropah.

Ozil berkata: “Beliau sentiasa gembira di Arsenal, kelab, penyokong dan kota London, segalanya di sini.

“Wenger salah satu sebab saya menyertai Arsenal tetapi adalah salah jika mendakwa masa depan saya ditentukan oleh jurulatih pasukan,” katanya. – MalaysiaGazette