PARIS –┬áKelab bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) ke atas pengadil Deniz Aytekin.

Aduan itu dibuat selepas PSG tersingkir daripada aksi Liga Juara-Juara Eropah apabila tumpas di tangan Barcelona dengan agregat 5-6 Khamis lalu.

Pasukan itu turun dengan kelebihan 4-0 setelah menang di laman sendiri dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan.

Semua pihak menjangkakan PSG akan mudah melangkah suku akhir.

Bagaimanpun semangat juang tinggi Barcelona berjaya menyekat PSG dengan kemenangan 6-1.

Barcelona menjaringkan tiga gol dalam tujuh minit terakhir sebelum perlawanan tamat.

Sergi Roberto menjaringkan gol kemenangan Barcelona tetapi PSG dikecewakan dengan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan pada minit ke-91 untuk Barcelona.

Nasib Pengurus PSG, Unai Emery terumbang-ambing ekoran kekalahan kepada Barcelona dan bergelut dalam liga domestik Perancis. - Foto: the Sun
Nasib Pengurus PSG, Unai Emery terumbang-ambing ekoran kekalahan kepada Barcelona dan bergelut dalam liga domestik Perancis. – Foto: the Sun

Ekoran kekalahan itu nasib Pengurus PSG, Unai Emery kini dikatakan terumbang-ambing kerana pasukan gergasi Ligue 1 Perancis itu masih bergelut dalam liga domestik.

PSG membuat keputusan membantah keputusan itu dengan mengemukakan aduan rasmi kepada UEFA.

Namun belum dapat dipastikan sama ada EUFA akan bertindak atas aduan itu kerana kebiasaannya kesatuan bola sepak Eropah itu sentiasa menyokong pengurus perlawanan.

Bagaimanapun , Aytekin mungkin dihalang daripada bertugas sebagai pengadil untuk beberapa perlawanan penting termasuk Liga Eropah musim depan.

Semuanya terletak di tangan Ketua Pengadil, Pierluigi Collina sekiranya beliau mendapati khidmat Aytekin tidak meyakinkan. – MalaysiaGazette