Kylian Mbappe pemain utama dipantau Manchester United. foto: Daily Star

LONDON – Manchester United dijangka sekali lagi akan berbelanja besar untuk mendapatkan beberapa pemain bintang bertaraf dunia ke Old Trafford musim depan.

Sebagai langkah awal, Pengurusnya Jose Mourinho sudah menghantar pegawainya untuk memantau prestasi dua bintang Monaco FC Kylian Mbappe dan Tiemoue Bakayoko.

Mourinho atau the Special One dilaporkan berminat untuk membeli kedua-dua pemain itu.

Pemain tengah Monaco, Tiemoue Bakayoko antara pemain yang disenaraikan Jose Mourinho menjelang akhir musim ini.Foto: Daily Star
Pemain tengah Monaco, Tiemoue Bakayoko antara pemain yang disenaraikan Jose Mourinho menjelang akhir musim ini.Foto: Daily Star

Kedua-dua pemain itu menjadi kunci utama Monaco yang menumpaskan Manchester City dalam pusingan kalah mati aksi Juara-Juara Eropah Rabu lalu.

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona juga memantau dekat Mbappe.

Bintang muda berbisa itu membuka jaringan untuk Monaco menang 3-1 ke atas skuad Pep Guardiola.

Mourinho telah memberi keutamaan untuk mengubah the Red Devils dengan taktik menyerang musim ini.

Dengan bintang Man United, Wayne Rooney dijangka meminggalkan Old Trafford akhir musim ini dan begitu juga dengan Michael Carrick.

the Special One dilaporkan memberitahu Naib Pengerusi Eksekutifnya Ed Woodward mengenai pemain yang mahu dibeli akhir musim ini.

Bintang Atletico Madrid Antoine Griezmann mendahului senarai pemain baharu Mourinho.- MalaysiaGazette