MANCHESTER – Jose Mourinho secara terbuka mengecam ‘musuh’ yang mengatur jadual perlawanan Manchester United hingga menyebabkan dia selepas kehilangan khidmat Paul Pogba dan Daley Blind kerana mengalami kecederaan.

United menempah slot ke suku akhir Liga Europa awal pagi tadi selepas jaringan tunggal Juan Mata menyaksikan mereka meraih kemenangan 2-1 secara agregat ke atas Rostov,

Namun Mourinho kecewa melihat Pogba dan Blind yang mengalami kecederaan.

Pengurus kelahiran Portugal itu dapat menjangkakan kekalahan kepada Middlesbrough dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hujung minggu ini.

Ini kerana dia sedar prestasi anak buahnya akan menurun dan bakal tewas kepada Boro di Stadium Riverside selepas bertemu Chelsea dalam saingan Piala FA sebelum bertemu Rostov.

“Kami memiliki ramai musuh,” katanya kepada BT Sport.

“Beraksi dengan 10 pemain adalah sukar serta perlu bermain pada pukul 12 tengah hari. Kami memiliki ramai musuh tetapi pemain-pemain telah menunjukkan aksi yang mantap.

“Saya menyedari ramai pihak yang menjangkakan kami mampu menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan ini tetapi realitinya kami berdepan banyak halangan.

“Kami akan terus berjuang walaupun mungkin tewas dalam perlawanan berdepan Boro.

“Pogba mengalami kecederaan otot manakala kami masih belum mendapat keputusan mengenai kecederaan Blind.” – MalaysiaGazette