'Cincin' yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki terpaksa menjalani keperitan selama 12 jam berikutan kemaluannya tersangkut ‘cincin’ yang dipakainya sejak jam 8 malam tadi.

Berikutan itu, anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dikejarkan tempat kejadian terpaksa membantu mangsa, berusia lingkungan 20-an, yang berada dalam keadaan separa sedar di hospital dengan betindak memotong ‘cincin’ berkenaan.

Satu panggilan telepon diterima mereka jam 10.50 pagi tadi daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian.

“Selepas kami menerima panggilan khidmat khas untuk membantu memotong cincin (bearing) di kemaluan mangsa, kami bergegas ke hospital untuk memberi bantuan segera,” demikian lapor Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat, Mohd Asrul Naim Abidin.

“Difahamkan sebelum pihak bomba dihubungi, ada jabatan lain yang cuba memotong cincin pada kemaluan mangsa tetapi gagal,” katanya dipetik Bernama.

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong ‘cincin’ itu sebelum ia berjaya ditanggalkan daripada kemaluan mangsa.

Difahamkan mangsa memakai bearing itu sejak pukul 8 malam tadi dan dipercayai ia dipakai ketika lelaki berkenaan hendak mengadakan hubungan seks dengan isterinya. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast