Suspek warganegara Indonesia (baju ungu) dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor di sini pagi tadi untuk direman kerana memiliki pistol dan peluru.

BATU PAHAT – Lelaki warga Indonesia yang dipercayai dalang utama kes penculikan seorang suri rumah pertengahan bulan lalu direman sehingga 27 Mac ini bermula hari ini kerana memiliki pistol dan peluru.

Majistret Mohd. Syafiq Mustaza membenarkan polis menahan reman lelaki berusia 39 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Semalam, sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah negeri menahan lelaki itu di Plaza Tol Yong Peng Selatan kira-kira pukul 5.30 petang semasa cuba melarikan diri.

Sepucuk pistol semi auto berserta 23 butir peluru kaliber 380 ditemui daripada suspek yang menaiki teksi berwarna merah.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kejayaan polis menyelamatkan mangsa berusia 44 tahun yang disembunyikan selama 27 hari di sebuah rumah ladang di Batam, Indonesia.

Selain suspek utama yang ditahan di Yong Peng itu, seramai 12 individu lain berusia 18 hingga 50-an di tahan polis di negeri ini dan di Batam kerana disyaki ada kaitan dengan kejadian penculikan pada 21 Februari lalu. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast