Petugas media membuat liputan persidangan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini membuat ketetapan melarang petugas media daripada berkumpul di lobi Parlimen berkuat kuasa serta merta dan hanya dibenarkan berada di pusat media yang telah disediakan.

Beliau membuat keputusan itu berikutan rungutan yang diterima daripada anggota Parlimen yang kurang selesa dengan kehadiran ramai petugas media di lokasi tersebut.

“Saya sendiri kurang selesa kerana saya rasa ada media di merata-rata seolah-olah ruang di luar sana (lobi Parlimen) adalah tempat berkelah.

Sehubungan itu, saya membuat ketetapan bahawa wakil media massa yang hadir di Parlimen hendaklah membuat liputan sesi persidangan Dewan Rakyat atau sidang media anggota Parlimen hanya di pusat media. Berkuat kuasa serta merta,” katanya sejurus selepas sesi soal jawab lisan tamat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar Amin berkata Peraturan 94, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memberikan kebenaran kepada wakil media massa untuk membuat liputan di Parlimen.

— BERNAMA



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast