Datuk Seri Jamal Yunus menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Adun Damansara Utama

PETALING JAYA – Pengerusi Gabungan Ngo Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini sekali lagi membuat laporan polis terhadap penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Kali ini Jamal mengesyaki berlaku penyelewengan, dan berlaku pecah amanah yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Laporan itu dibuat bersama enam Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Perkarangan IPD Petaling Jaya.

“Kami mengesyaki berlaku penyelewengan, ketidakjujuran dan pecah amanah yang dilakukan oleh Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin. Terdapat lebihan dana YAWAS sebanyak RM35,000 daripada ADUN Damansara Utama berkenaan,” katanya.

Jamal sebelum ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor mengenai Penyelewengan Dana YAWAS oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta penjelasan daripada Been Yin berkenaan mengenai dana ribuan ringgit YAWAS yang diterima olehnya.

Oleh yang demikian, Jamal berharap wakil rakyat DAP terbabit tampil untuk menafikan kenyataan berkenaan jika dakwaan itu tidak benar.

Malah beliau bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang jika perkara berkenaan adalah fitnah.

Dalam kenyataan sidang media pada hari ini, Jamal turut mempertikaikan Kad ATM Ambank yang diberikan oleh Pihak YAWAS kepada ADUN Damansara Utama itu yang mengeluarkan wang secara berlebihan dan tidak mengikut tatacara yang ditetapkan. -MalaysiaGazette.