MANCHESTER – David De Gea dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Manchester United pada perpindahan musim panas ini untuk berhijrah ke Real Madrid.

Kelab gergasi La Liga itu dikatakan meletak harga sekitar €56 juta.

Spekulasi mula bertiup apabila penjaga gol itu mungkin tidak turut serta mengikuti jelajah ke Amerika Syarikat bersama rakan pasukan United yang lain sebelum musim baharu bermula.

Sebelum ini, Real dilaporkan bakal membuat bidaan €65 juta ke atas pemain antarabangsa Sepanyol itu sekali lagi pada musim panas ini.

Laporan Marca mengatakan pengurus Jose Mourinho akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan De Gea di Manchester United .

Namun difahamkan pengurus Real, Zinedine Zidane tidak bersetuju dengan cadangan pengerusi kelab Florentino Perez untuk mendapatkan De Gea pada perpindahan musim panas ini.

Sebaliknya, Zidane mahukan Hugo Lloris berbanding De Gea selain Thibaut Cortouis. – MalaysiaGazette