Friday, March 29, 2024
Home Sukan Liga Super: Zainal Abidin bimbing Harimau Kumbang

Liga Super: Zainal Abidin bimbing Harimau Kumbang

GEORGETOWN – Spekulasi siapa Ketua Jurulatih Skuad Harimau Kumbang yang baharu akhirnya terjawab jawab apabila bekas pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan dilantik jawatan itu berkuat kuasa Isnin ini.

Zainal Abidin, 54, yang turut pernah membimbing Pahang dilantik selepas Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menamatkan kontrak Ashley Westwood yang ditamatkan perkhidmatannya pada Ahad lalu.

Pengumuman itu dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari dalam satu media khas di Pejabat Ketua Menteri, Komtar, hari ini.

Menurutnya, pemilihan Zainal Abidin yang juga bekas Ketua Jurulatih Pahang itu berdasarkan pencapaian dan kejayaannya sebelum ini.

“Saya selaku Presiden FAP amat gembira dengan kehadiran Zainal Abidin bersama pasukan Harimau Kumbang. Ini kerana, kita sudah lama memerhati karier bola sepak beliau, selain beliau juga merupakan pemain lagenda dan ketua jurulatih berpengalaman.

“Saya juga yakin, pemain Pulau Pinang memang berkemahiran dan berkebolehan cuma mereka memerlukan panduan motivasi dan inspirasi. Selain itu, pemain juga perlu arah tujuan setelah kucar-kacir pada awal musim permainan tahun ini,” katanya.

Selepas lapan perlawanan di peringkat Liga Super 2017, pasukan itu berada di tangga tercorot dengan hanya memungut dua mata sahaja. – MalaysiaGazette