Tunku Ismail Sultan Ibrahim

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menjadi Presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengesahan itu dibuat oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-53 sebentar tadi.

Usul yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin itu mendapat sokongan penuh daripada perwakilan bagi membolehkan Tunku Ismail menang tanpa bertanding susulan seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa menarik diri pada Khamis lepas.

Tunku Ismail, 33, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akan menaungi FAM bagi penggal 2016-2021.

Pelantikan Tunku Ismail itu akan melakar sejarah kerana beliau merupakan Presiden FAM termuda untuk mengambil alih kerusi yang ditinggalkan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan Exco baru FAM yang sepatutnya berlangsung pada 2018 namun dipercepatkan selepas Tengku Abdullah membuat keputusan meletakkan jawatan September 2015. – MalaysiaGazette