MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dikatakan ‘merestui’ pemergian De Gea ke Real Madrid pada perpindahan musim panas ini.

Namun menurut M.E.N, pengendali Portugal itu meletakkan syarat kepada Real Madrid untuk tidak menandatangani pemain remaja sensasi AS Monaco, Kylian Mbappe.

Ini kerana United bersedia untuk membawa masuk pemain Perancis itu ke Old Trafford pada musim panas ini.

Bagaimanapun melihat kepada situasi sekarang, Mbappe secara terang terangan menyatakan bahawa impiannya adalah untuk bermain dengan gergasi La Liga itu.

Sebelum ini, United dan Arsenal telah menghantar peninjau bakat masing-masing bagi melihat aksi penyerang muda sensasi yang beraksi dalam sainagn Liga Juara-Juara.

United telah menghantar Marcel Bout manakala The Gunners meletakkan kepercayaan terhadap Gilles Grimandi untuk menilai aksi pemain berusia 18 tahun itu.

Mbappe yang meledak gol pembukaan dalam keputusan 3-3 berdepan Manchester City baru-baru ini telah mencuri tumpuan musim ini apabila menyumbang 17 gol dalam semua kejohanan.

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger turut melihat pemain itu seakan-akan jelmaan Thierry Henry ekoran memiliki skil dan kepantasan yang mengagumkan.

Jose berminat untuk membawa pemain itu ke Old Trafford bagi menyuntik darah muda dalam jentera serangannya yang dibarisi Wayne Rooney (31 tahun) dan Zlatan Ibrahimovic (35 tahun). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast