KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nora Danish akhirnya menamatkan spekulasi mengenai perkahwinannya apabila bakal menamatkan zaman solonya dengan Nedim Nadzri pada Khamis ini.
Kad undangan bakal mempelai itu mula tersebar di laman sosial.
Nora dan Nedim akan memilih tema ketika melangsungkan majlis pernikahannya itu di sini.
Bagaimanapun, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Pengumuman ini sekali gus menamatkan segala spekulasi tentang tarikh pernikahan pasangan tersebut.
Sebelum ini, Nora yang juga ibu tunggal kepada Putera Rayqal memberitahu dia bakal bernikah dengan Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam masa terdekat ini. – MalaysiaGazette