LONDON – Ahli-ahli Parlimen United Kingdom mahu kerajaan lebih agresif menangani penurunan harga dan pelbagai tawaran makanan tidak sihat dalam usaha menangani obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Jawatankuasa Kesihatan dalam laporannya juga menggesa pelaksanaan undang-undang bagi pengiklanan makanan ringan diperketatkan.

Ahli-ahli Parlimen mempersoalkan pelan menangani obesiti oleh kerajaan hanya samar-samar dan tidak mencukupi.

Tetapi para menteri berkata, strategi itu adalah “pelan bercita-cita paling tinggi untuk kanak-kanak obesiti” di dunia.

Ciri-ciri utama pelan obesiti kanak-kanak yang diterbitkan pada bulan Oktober 2016 melibatkan levi gula serta sasaran sukarela untuk mengurangkan gula dalam makanan dan minuman kanak-kanak sebanyak 20 peratus pada tahun 2020.

Tetapi pertubuhan-pertubuhan kesihatan dan kempen universal hampir sependapat bahawa sepatutnya ada tindakan lebih luas.

Dalam laporan Jawatankuasa Kesihatan terkini, Ahli Parlimen membuat gesaan supaya menyekat diskaun besar dan promosi harga bagi makanan yang tidak sihat, sambil memetik bukti daripada industri peruncit makanan bertanggungjawab yang mendakwa mereka mengalami kerugian kerana peniaga yang menjual makanan bergula dan berlemak mengekalkan diskaun yang tinggi.

Jawatankuasa itu juga sangat tidak puas hati kerana kerajaan tidak mempunyai peruntukan undang-undang promosi harga supaya peruncit dapat bersaing sama rata.

Public Health England berkata, ia akan memulakan pemantauan tentang promosi harga yang boleh mengaitkan dengan pengambilan gula oleh orang ramai.

Konsortium Peruncit Britain pula berkata, jumlah promosi makanan dan minuman di United Kingdom menurun daripada 40 peratus kepada 26 peratus. – MalaysiaGazette