KUALA LUMPUR – Saham British American Tobacco (BAT) menjunam kepada RM46.92 sesaham susulan kenyataan Kementerian Kesihatan kemungkinan menaikkan harga rokok.

Saham BAT jatuh sebanyak RM0.920 sen pada pukul 10.30 pagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan harga rokok dalam tempoh terdekat.

Harga rokok mungkin naik kepada RM21.50 sebungkus berbanding RM17 sekarang.

Katanya, kenaikan itu bertujuan untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini.

Malah, had usia membeli dan menjual rokok dicadang dinaikkan kepada 21 tahun berbanding 18 tahun ketika ini.- MalaysiaGazette