resignation IRB CEO Najib Razak Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah
Datuk Seri Sabin Samitah

KUALA LUMPUR – Pemandu Uber dan Grab yang memperoleh pendapatan minimum RM30,000 setahun tidak terlepas daripada dikenakan cukai pendapatan.

Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Sabin Masitah yang memberitahu, cukai tersebut dikenakan kepada pemandu Uber dan Grab sepenuh masa atau sambilan, jika pendapatan tahunan mereka mencecah pendapatan minimum itu.

“Bagi pemandu Uber dan Grab sambilan, jika pendapatan tetap dan sambilan berjumlah RM30,000 setahun, mereka juga perlu membayar cukai pendapatan, ” katanya pada sidang media di Majlis Hi-Tea LHDN bersama Media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Sabin berkata, pendapatan yang diperoleh pemandu Uber dan Grab dikategorikan sebagai pendapatan komersial, sekali gus perlu memaklumkan sumber pendapatan mereka dengan mengisi borang B.

Katanya, tindakan boleh diambil sekiranya mereka gagal mengisytiharkan sumber pendapatan diperolehi.

Jelas beliau, jika mereka tiada rekod (sumber pendapatan) pihak LHDN mepunyai kaedah untuk mencari dapatan maklumat individu berkenaan.

“Antaranya, menerusi dokumen pembelian harta tanah kerana mereka akan tandatangan mematikan setem. Selain itu, maklumat boleh diperoleh daripada bank melalui Laporan Transaksi Tunai (CTR) dan Laporan Transaksi Mencurigakan, ” ujarnya. – MalaysiaGazette