KUALA LUMPUR – TNB akan menyertai The Malaysian Career & Education Fair 2017 di London mulai Sabtu ini bagi mengesan modal insan berpotensi dalam kalangan 17,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di United Kingdom dan Ireland.

Beberapa siri promosi telah pun dibuat lebih awal lagi untuk menarik minat calon-calon yang berpotensi dan mereka yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran bersyarat di program selama empat hari itu, kata TNB dalam kenyataan di sini.

Sasaran Syarikat adalah kalangan pemegang biasiswa tanpa ikatan, pelajar tajaan syarikat lain yang hadir, pelajar biayaan sendiri serta mereka yang mempunyai pengalaman kerjaya di United Kingdom.

Antara daya tarikan yang diatur untuk pengunjung adalah jamuan makan tengah hari bersama Ketua Pegawai Strategi, Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan dan sesi mentor bersama Ketua Pegawai Talent, Azman Zakaria.

Program itu dianjurkan oleh Graduan (organisasi kerjaya untuk siswazah) dengan kerjasamacUnited Kingdom Executive Council (UKEC) dan Education Malaysia di London.

TNB adalah penaja emas program itu yang disertai hampir 40 syarikat. – MalaysiaGazette