Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan.

KUALA LUMPUR – Enam maut dalam kemalangan membabitkan lori treler dan kenderaan pebagai guna di KM 402.2 Lebuhraya PLUS, dekat Tanjung Malim pukul 7. 30 pagi tadi.

Menurut laporan, treler tersebut dipercayai telah terbabas dan merempuh kenderaan pelbagai guna Ssangyong menyebabkan kesemua mangsa tersepit.

Mangsa yang maut Low Wai Loon, Lim Choy @ Lam Leong Choy, Lam Jie Yang, Wong Check Lee, Lam Jie Hing, Kam Wai Keat.

Keadaan lori treler yang terlibat dalam kemalangan maut berdekatan Tanjung Malim.
Keadaan lori treler yang terlibat dalam kemalangan maut berdekatan Tanjung Malim.

Pemandu treler Muhamad Syahrul Nizam Anuar bagaimanapun dilaporkan selamat dan mengalami kecederaan ringan.

Bomba mengambil masa 1 jam 15 minit untuk mengeluarkan mangsa. – MalaysiaGazette