Alexis Sanchez menjadi sasaran Chelsea musim ini selain PSG ekoran masa depan tidak menentu di Arsenal.Foto: the Sun

STAMFORD BRIDGE – Chelsea membuka rundingan bersama ejen Alexis Sanchez untuk membincangkan potensi pembelian bintang Arsenal Alexis Sanchez akhir musim ini.

Pendahulu Liga itu mahu mencuba nasib untuk mendapatkan bintang antarabangsa Chile itu.

Sanchez belum memperbaharui kontrak bersama The Gunners yang akan tamat pada musim depan dan dikhabarkan kuat akan meninggalkan Stadium Emirates pada musim ini.

The Blues dikatakan telah bertemu agen pemain itu untuk memuktamadkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu.

Dalam pada itu, kelab gergasi Perancis Paris Saint-Germain juga menyatakan minat menerusi wakil pemain itu Fernando Felicevich untuk mendapatkan pemain berbisa itu.

Sanchez baru-baru ini memberitahu, dia tidak berhasrat meninggalkan EPL sebaliknya mahu tinggal di London.

Kata putus Sanchez itu membuka pintu kepada Chelsea untuk mendapatkan khidmat pemain malang itu.

“Saya gembira untuk tinggal di London dan ingin menamatkan kontrak bersama Arsenal.

“Misi saya hanya ingin kekal bersama kelab bermentaliti juara dan mahu terus beraksi di bandaraya yang sama (London)..lebih-lebih lagi saya berminat untuk bermain dengan pasukan aspirasi tinggi,” katanya.

Antonio Conte mengakui Alexis Sanchez sebagai pemain terbaik dan berminat mendapatkan khidmatnya.Foto: the Sun
Antonio Conte mengakui Alexis Sanchez sebagai pemain terbaik dan berminat mendapatkan khidmatnya.Foto: the Sun

Pengurus Chelsea, Antonio Conte yang juga peminat Sanchez dan pernah menggelar pemain Chile itu sebagai ‘pemain terbaik EPL’.

Sanchez berhijrah ke Arsenal dari Barcelona dengan nilai perpindahan £35 juta (RM192.8 juta) pada tahun 2014.

Sanchez berjaya menjaringkan 18 gol dalam 22 penampilan bersama the Gunners musim ini. – MalaysiaGazette