MELAKA, 8 April -- Anggota penyelamat Pusat pertahanan Nuklear, Giologi Dan Kimia 3 Divisyen (PNBK 3 Div) menunjukkan demonstrasi menyah cemar anggota tentera yang cedera terkena Chemical Biological Radiological Nuclear Eeplosive (CBRNE) di Pusat pertahanan Nuklear, Giologi Dan Kimia 3 Divisyen (PNBK 3 Div) di Kem Terendak di sini hari ini.. PNBK 3 Div telah ditubuhkan pada 15 Januari 2007 di atas dasar keperluan untuk meningkatkan kesedaran terhadap ancaman nuklear, biologi dan kimia (NBK) di kalangan warga tentera darat.. Pasukan itu berperanan menyediakan kepakaran anggota dan peralatan untuk diaturgerak bagi membantu 3 Div bagi menangani ancaman serangan dan bencana NBK dalam kawasan tanggungjawab dan di lain-lain kawasan operasi apabila diarahkan..-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Kerajaan Rusia menerusi kedutaan negara itu di sini telah menawarkan biasiswa penuh kepada dua pelajar Malaysia bagi mengikuti program pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear.

Penolong Pengarah, Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia, Alena Belozertseva berkata tawaran biasiswa itu adalah sebagai langkah untuk pertukaran ilmu antara Rusia dan Malaysia.

“Setiap tahun, kami menerima kedatangan kira-kira 600 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di Rusia terutama dalam bidang perubatan dan kejuruteraan,” katanya sempena majlis sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Moscow dan Kuala Lumpur, di sini Isnin.

Pada masa ini, kerajaan Rusia menawarkan 11 biasiswa dan dua darinya diperuntukkan untuk program ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear.

Sementara itu, Duta Rusia di Malaysia, Valery Yermolov berkata beliau berharap akan wujud penerbangan langsung antara Moscow dan Kuala Lumpur dalam masa akan datang.

“Malaysia adalah sebuah destinasi menarik untuk dikunjungi dan sejumlah kira-kira 50,000 rakyat Rusia melawat Malaysia setiap tahun,’ katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu, berkata tawaran dua biasiswa itu adalah petanda baik bahawa negara bekas Soviet itu ingin berkongsi kepakaran mereka dalam bidang teknologi canggih dengan Malaysia.

“Hubungan diplomatik ini akan menjadi lebih kukuh dan ia pasti memberi manfaaat kepada generasi akan datang,” katanya.

Mengenai cadangan mengadakan penerbangan langsung, katanya, cadangan tersebut perlu dipertimbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

“Rusia adalah sebuah negara yang besar. Penerbangan tidak semestinya hanya ke Moscow…mungkin ia dari Kuala Lumpur ke bahagian timur Rusia kerana tempat itu menarik untuk dikunjungi,” katanya.

Awal bulan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Malaysia sudah bersedia untuk tenaga nuklear dan laporan akhir Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 akan dibentangkan kepada Kabinet.

Terdahulu, lebih 100 ekspatriat Rusia dan Malaysia menghadiri majlis sambutan ulang tahun itu dan mereka turut dihiburkan dengan persembahan pemuzik Rusia yang menggunakan alat muzik tradisional negara itu. –  MalaysiaGazette