Pasukan bomba sedang mengesan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebuah flat di Poland. foto Agensi

POLAND – Sebuah flat di selatan Poland runtuh dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang setakat ini.

Empat orang dilaporkan cedera dan pasukan bomba bimbang lebih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Seramai 18 orang didaftarkan menginap di bangunan yang terletak di bandar Swiebodzice, menurut laparan Radio Poland.

Jurucakap Jabatan Bomba Poland berkata, aras kedua bangunan itu runtuh dipercayai akibat letupan gas. – MalaysiaGazette