Antoine Griezmann. Foto: the Sun

SEPANYOL – Bintang bola sepak Perancis, Antoine Griezmann mengingatkan kelab Atletico madrid supaya berhati-hati menjelang pertemuan Leicester City dalam aksi Suku Akhir Liga Juara Juara Eropah minggu ini.

Penyerang Atletico Madrid itu mengingatkan pasukan dan penyokongnya tidak memandang rendah keupayaan pasukan dari England yang pernah menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu menghormati The Foxes berbanding bookie yang memilih pasukan itu membuat kejutan menjulang Kejuaan Eropah kali ini.

“Ramai berpendapat kami ditemukan dengan pasukan boleh dijinakkan dengan mudah dari England. Saya tidak bersetuju dengan mereka. Kami tahu betapa kuat Leicester City.

“Corak permainan mereka (Leicester City) di atas padang lebih kurang sama seperti Atletico Madrid dan mempunyai semangat juang tinggi seperti kami.

“Pertemuan bersama Leicester satu laluan sukar untuk Atletico Madrid dalam suku akhir nanti,” katanya.

Griezmann menjaringkan 23 gol setakat ini untuk kelab itu musim ini.-MalaysiaGazette