Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Gereja Koptik Mar Girgis di Tanta dan Kathedral Koptik Ortodoks Saint Mark di Alexandria semalam.

Serangan bom pertama di Gereja Koptik Mar Girgis semalam meragut 29 nyawa dan mencederakan 71 orang, manakala serangan bom di Kathedral Koptik Ortodoks Saint Mark mengorbankan 18 nyawa dan mencederakan 66 orang.

Susulan kejadian ini, Kerajaan Mesir telah mengisytiharkan keadaan darurat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Mesir serta keluarga dan mangsa yang terlibat dalam insiden serangan tersebut.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera di dalam insiden tersebut setakat ini dan akan terus memantau perkembangan di negara tersebut.

Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau menerusi e-mel [email protected]. – MalaysiaGazette