Diego Costa dan Eden Hazard dikahabarkan bakal meninggalkan Chelsea akhir musim ini. Foto: the Sun

STAMFORD BRIDGE – Bintang Chelsea Eden Hazard dan Diego Costa bakal meninggalkan Stamford Bridge menjelang akhir musim ini.

Chelsea akan kehilangan dua pemain prolifik terbabit apabila kelab gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid meletakkan £200 juta atau RM1.1 bilion untuk kedua-dua bintang itu.

Real Madrid menyediakan dana sebanyak £100 juta (RM551) juta untuk mengikat pemain antarabangsa Belgium, Hazard.

Costa juga dilihat menunggu masa untuk meninggalkan the Blues untuk berhijrah ke Real Madrid akhir musim ini.

Tindakan dua pemain yang menjadi tulang belakang the Blues itu dijangka memberi kesan besar kepada Chelsea.

Bagaimanapun, Chelsea dikatakan perlu berbelanja RM1.1 bilion untuk mendapatkan dua pemain yang mempunyai kualiti perlawanan seperti Hazard dan Costa.

Madrid teruja selepas mengesahkan Hazard mahu berhijrah ke Bernabeu walaupun kontraknya masih berbaki tiga tahun bersama the Blues.

Rakan sepasukan Hazard, Costa juga membuat keputusan ia merupakan musim terakhir untuknya di Stamford Bridge.

Chelsea dikatakan bakal menerima impak besar sekiranya kehilangan dua pemain prolifik Eden Hazard dan Diego Costa kepada Real Madrid akhir musim ini. Foto : the Sun
Chelsea dikatakan bakal menerima impak besar sekiranya kehilangan dua pemain prolifik Eden Hazard dan Diego Costa kepada Real Madrid akhir musim ini. Foto : the Sun

Pengurus Chelsea, Antonio Conte juga akur dia tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua bintangnya meninggalkan Stamford Bridge.

Real Madrid dikatakan menyediakan pendapatan berjumlah £300,000 (RM1.6 juta) seminggu untuk Hazard.

Sementara itu Costa turut membuat keputusan untuk meninggalkan Chelsea atas faktor cuaca di England.

Sebelum ini Chelsea menyekat Costa daripada menyertai Kelab Liga China, Tianjin Quanjian dengan nilai perpindahan besar £250,000 (RM1.3 juta) seminggu.

Costa telah menjaringkan 18 gol untuk Chelsea musim ini. – MalaysiaGazette