Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bersedia untuk berhadapan dengan empat pencabar termasuk dua muka baru bagi mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden Pas.

Pemilihan untuk semua jawatan utama Pas akan diadakan pada muktamar tahunan parti itu di Alor Setar hujung bulan ini.

Biar pun menghadapi banyak saingan, beliau yakin pertandingan itu akan berlangsung dengan harmoni.

Katanya, ini kerana muktamar dijangka berlangsung dengan aman tidak sepanas dua tahun lalu.

“Saya rasa pemilihan kali ini akan berlangsung aman dengan semangat persaudaraan yang kuat dalam kalangan calon bertanding.

“Tidak ada masalah pertandingan kali ini, menang atau kalah semuanya kawan-kawan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Selain Mohd. Amar, dua lagi penyandang kerusi itu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad akan berhadapan dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan.

Pencalonan Takiyuddin dan Nasrudin oleh akar umbi Pas itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan kejayaan Pas membentangkan Rang Undang-Undang 355 di Parlimen baru-baru ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast