Gambar hiasan

LONDON – Harga minyak sawit di pasaran minyak sayuran Eropah lebih rendah pada hari in ekoran kejatuhan dalam niaga hadapan Malaysia kerana cukai eksport yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Brokers berkata, pasaran Eropah kebanyakannya meningkat lebih awal apabila pasaran Malaysia bangkit pada hari Rabu daripada enam bulan rendah tetapi jatuh kembali apabila pemulihan Asia tidak dapat dikekalkan.

Minyak sawit mentah bagi penghantaran Mei akhirnya didagangkan pada AS$665 setiap tan, jatuh sebanyak AS$10 berbanding Rabu.

Niaga hadapan minyak sawit Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi sebahagiannya oleh pengumuman cukai eksport minyak sawit mentah Malaysia akan menjadi lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia, akan menurunkan cukai eksport sawit mentah kepada 7.0 peratus pada bulan Mei daripada 7.5 peratus pada April, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Bagaimanapun, pemain industri menjangkakan potongan adalah kepada 6.5 peratus.

Harga minyak sesawi Kesatuan Eropah tidak berubah hingga 3 euro tan yang lebih tinggi, disokong sebahagiannya dengan kelemahan euro.

Manakala kontrak minyak kacang soya yang paling aktif tidak berubah kepada 31.24 sen bagi setiap paun pada 1717 GMT.

Harga minyak kelapa juga tidak berubah sementara minyak sawit kernel susut sebanyak AS$10 kepada AS$40 setiap tan dengan perubahan penghantaran April/Mei pada AS$1,000 setiap tan. – MalaysiaGazette